[VIDEO] Nasi Ganja: Individu bergelar Datuk antara dipanggil beri keterangan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Nasi Ganja: Individu bergelar Datuk antara dipanggil beri keterangan

PESANAN nasi ganja yang dimuatkan dalam helikopter yang mendarat di Padang Ipoh. - UTUSAN/GAMBAR IHSAN AWANI PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis telah mengenal pasti beberapa individu termasuk seorang bergelar Datuk berhubung insiden sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua individu itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.

Katanya, sehingga semalam, pemilik restoran yang menerima tempahan 36 bungkus nasi kandar itu telah pun dirakam percakapan.

HELIKOPTER yang dikatakan mendarat di Padang Ipoh bagi mengambil pesanan nasi ganja. – VIDEO IHSAN AWANI PERAK

“Kita telah panggil tauke restoran itu semalam dan lain-lain individu termasuk seorang Datuk akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Kesemua mereka telah pun dikenal pasti dan akan direkod keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi laporan akhbar semalam, Mior Fariddalathrash berkata, polis akan menyiasat sama ada individu atau syarikat yang menggunakan perkhidmatan helikopter bagi mengambil pesanan nasi kandar itu memiliki surat kebenaran rentas negeri.

Beliau berkata, siasatan akan dibuka berdasarkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342.

“Kalau mereka tiada kebenaran rentas negeri, jadi akan buka siasatan dan panggil pihak terlibat,” katanya.

Semalam, sebuah helikopter Bell 505 dikendalikan syarikat Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) mendarat di padang Ipoh pada pukul 10 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja.

Tempahan itu difahamkan dibuat oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah restoran nasi kandar terkemuka di bandar raya ini yang lebih dikenali sebagai nasi ganja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya