UMNO Pahang selari keputusan MT - Utusan Malaysia

UMNO Pahang selari keputusan MT

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pendirian Badan Perhubungan UMNO negeri adalah selari dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT)  pada 7 Julai lalu.

Ia juga selari dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 akhir Mac lalu, yang memberi mandat kepada Presiden dan MKT untuk menentukan tarikh tepat penarikan diri daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sepertimana semua tahu, PAU adalah badan tertinggi parti yang telah membuat keputusan sedemikian.

Sehubungan itu, katanya, ia perlulah dipatuhi oleh setiap pemimpin, ahli parti dan Pahang tidak terkecuali.

“Dalam pada itu, sama-samalah kita kepemimpinan UMNO pelbagai peringkat supaya terus-menerus tumpukan usaha membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak pandemik Covid-19 serta langkah-langkah membendungnya.

“Tumpuan juga perlu dijuruskan kepada usaha meningkatkan lagi jumlah rakyat yang menerima vaksin dan meminta mereka mendaftarkan segera dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MKT UMNO, Rabu lalu mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Sehubungan itu, jelas Ahmad Zahid, UMNO mendesak Muhyiddin berundur daripada jawatan itu secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN