Ujian air liur capai sensitiviti 90 peratus - Utusan Malaysia

Ujian air liur capai sensitiviti 90 peratus

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19 mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian  yang dijalankan Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) itu telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri berkenaan dijangka selesai minggu depan.

“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-duanya mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Pada Mei lalu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

Katanya, menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya