TPM bincang dengan MEDAC bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana

TPM bincang dengan MEDAC bantu PKS

ISMAIL Sabri Yaakob bersama Hamzah Zainudin (kanan) dan Acryl Sani (belakang, dua dari kanan) hadir dalam serbuan dekat sebuah kilang makanan di Pelabuhan Klang, Klang, Selangor dalam Op Patuh hari ini. - FOTO/MOHAMAD ATHIR ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan meneliti untuk membantu pemain dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memastikan mereka dapat beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

Kerajaan menyedari, PKS terjejas teruk ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan (PKPD) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 menyebabkan sebahagian besar mereka tidak dapat beroperasi.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi jaminan kepada PKS untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu dan memaklumkan pada peringkat awal membenarkan mereka dalam sektor makanan beroperasi sehingga pukul 10 malam.

“Kita sedang bincang dengan pihak (pengusaha) PKS, kita tahu yang terjejas teruk adalah PKS, peniaga-peniaga mikro dan sebagainya walaupun kita membuka ruang untuk peniaga mikro berniaga yang melibatkan makanan, kita buka gerai tepi jalan, ini semua memberikan peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

“Bagaimanapun, saya tahu banyak lagi PKS yang terjejas. Insya-Allah, kita akan bincang, saya juga akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) (Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar) yang menjaga PKS ini untuk mencari bagaimana cara kita hendak membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani dalam serbuan di dua buah kilang di Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang di Klang, Selangor pagi tadi.

Selepas serbuan itu, Ismail Sabri turut memaklumkan peningkatan kes yang dilaporkan dalam tempoh dua minggu ini adalah disumbang tindakan saringan secara besar-besaran bersasar di kawasan-kawasan PKPD.

Katanya, 12 hingga 13 peratus atau kira-kira 6,000 orang daripada jumlah penduduk disaring seramai 55,000 dikesan positif.

“Saya difahamkan, apabila dibuka saringan itu sudah pun ditamatkan ataupun dikurangkan di kawasan-kawasan bersasar.

“Walau bagaimanapun, seperti saya katakan PKPD diteruskan tetapi secara lokaliti. Di Selangor ada empat lokaliti yang saya umumkan semalam. Jadi kawasan yang tinggi risikonya kita akan buat secara PKPD bersasar berdasarkan lokaliti. Tetapi secara mukim, kita tidak selesai adakan saringan,” jelasnya.

Terdahulu, beliau mengumumkan PKPD di 34 Mukim di Selangor yang dikuatkuasakan sejak 3 Julai lalu ditarik semula dan digantikan dengan PPN Fasa 1, bagaimanapun rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya