Negeri Sembilan dijangka tidak adakan PRN tapi terpulang kepada Yang di-Pertuan Besar - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan dijangka tidak adakan PRN tapi terpulang kepada Yang di-Pertuan Besar

ANWAR Ibrahim ketika berucap di majlis Pelancaran Pusat Inovasi & Makmal Al Huawei di The Exchange 106@TRX, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan tidak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di tengah-tengah kemelut politik yang berlaku di negeri itu ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun perkara itu bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kemungkinan besar tidak. Namun ia terpulang kepada Tuanku dan sudah tentu persidangan DUN,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama kepimpinan tertinggi Huawei sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, hari ini.

Beliau mengulas sama ada PRN akan diadakan bagi menyelesaikan kemelut di negeri itu.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sebarang perkembangan mengenai pentadbiran Negeri Sembilan akan diumumkan apabila tiba masanya.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan bertemu Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pertemuan itu antara lain akan menyentuh tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN