Tiga nelayan terjun laut elak ditahan penguat kuasa

Tiga nelayan terjun laut elak ditahan penguat kuasa

SEBUAH bot milik nelayan yang ditahan kerana menggunakan pukat rawa serong untuk menangkap ikan di pesisir Raut, Yan, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Tiga nelayan nekad terjun laut selepas menyedari kehadiran penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kedah di sekitar 0.5 batu nautika pesisir Raut, di sini hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kegiatan nelayan terbabit menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan dikesan ketika anggota Maritim Malaysia melakukan rondaan di perairan tersebut pada pukul 2 pagi.

Katanya, nelayan tersebut bertindak terjun laut dan berenang ke pesisir pantai untuk mengelakkan ditahan pihak penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati ada dua batang buluh dan sebidang pukat yang disyaki digunakan sebagai rawa sorong.

“Bot bersama peralatan serta enjin yang telah diubah suai dianggarkan bernilai RM24,000 turut dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah.

Jelasnya, penggunaan bot pukat rawa diharamkan kerana boleh memerangkap, memupuskan spesies ikan yang lebih kecil dan benih udang selain merosakkan ekosistem dasar laut negara dan mengancam sumber rezeki nelayan tradisional.

“Nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujarnya.

Tambahnya, Zon Maritim Kuala Kedah tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dalam kawasan perairan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya