Luak Sungei Ujong dinasihat terima pemberhentian Mubarak

Luak Sungei Ujong dinasihat terima pemberhentian Mubarak

SUASANA di pintu masuk Balai Undang Luak Sungei Ujong di Ampangan dekat Seremban kelihatan tenang selepas Dewan Keadilan dan Undang mengeluarkan nasihat berhubung kedudukan Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungei Ujong hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan hari ini menasihatkan Luak Sungei Ujong supaya menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra luak tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemberhentian itu dibuat mengikut adat Luak Sungei Ujong selaras dengan Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Katanya, dewan berkenaan telah mengadakan sidang khas di Istana Besar Seri Menanti pada pukul 10 pagi tadi berhubung isu pemberhentian Mubarak.

“Pada sidang khas itu, Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menguatkuasakan Fasal 24 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dengan mempersilakan Ibu Soko Klana Hulu dan Waris Klana Hulu ke sidang tersebut.

“Tuanku Muhriz dan semua anggota Dewan Keadilan dan Undang telah dibentangkan 33 sebab pemberhentian Mubarak sebagai Undang Luak Sungei Ujong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, Dewan Keadilan dan Undang menasihatkan Luak Sungai Ujong menerima pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra yang dibuat mengikut adat Luak Sungai Ujong.

Mubarak dilantik sebagai Undang Luak Sungai Ujong ke-10 pada 29 Disember 1993 menggantikan Datuk Muhammad Kassim Nika Abdul Rashid yang meninggal dunia pada tahun 1983. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN