Tidak teragak-agak usir warga asing terlibat - Hamzah

Langgar SOP solat sunat Aidiladha: Tidak teragak-agak usir warga asing terlibat – Hamzah

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen diarahkan tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1958/63 jika ada penglibatan warga asing ekoran kejadian pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Solat Hari Raya Aidiladha di Juru, Pulau Pinang hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya justeru itu memberi jaminan bahawa tindakan tegas dan tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu didapati terlibat terhadap perbuatan berkenaan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah telah pun memulakan siasatan lanjut secara terperinci.

“Selain itu, Ketua Polis Pulau Pinang juga diminta untuk memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggota PDRM yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan terutamanya semasa perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pagi ini, kira-kira lebih 200 warga asing didakwa ingkar SOP dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar perkarangan Surau Taman Pelangi, Juru.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati warga asing berkenaan berbuat demikian selepas mereka tidak dibenarkan solat di dalam surau memandangkan jumlah jemaah dihadkan hanya 100 orang.

Terdahulu, tular video berdurasi 22 saat memaparkan ratusan warga asing yang menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan raya di luar pekarangan surau berkenaan yang dirakamkan orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Dalam video berkenaan mendapati, kesemua warga asing terbabit solat dalam keadaan penjarakan fizikal namun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan negara kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pada masa sama, Hamzah berkata pihkanya menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta boleh mendatangkan ketidakteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya