Iran baiki semula enam jambatan musnah dalam 96 jam

Iran baiki semula enam jambatan musnah dalam 96 jam

SEORANG lelaki menunggang motosikal melalui papan iklan besar yang merujuk kepada perang Iran dan Selat Hormuz di Dataran Vanak, Teheran.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran dilaporkan berjaya memulihkan enam jambatan kereta api utama serta puluhan rangkaian pengangkutan kritikalnya dalam tempoh kurang 96 jam walaupun berdepan serangan yang dilancarkan oleh pakatan Amerika Syarikat(AS) dan Israel sejak lebih sebulan lalu.

Lapor Press TV, satu daripada jambatan penting berhampiran Qom dibuka semula dalam masa kurang 40 jam, sekali gus menggagalkan strategi utama musuh untuk melumpuhkan negara itu melalui tekanan ekonomi.

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 8 April 2026 selepas lebih lima minggu serangan berterusan dianggap tepat pada masanya bagi penduduk awam. Bagi pasukan kejuruteraan Iran pula tempoh itu membuktikan tahap ketahanan infrastruktur dan kesiapsiagaan yang jarang dilihat dalam sejarah peperangan moden.

Serangan bersama AS-Israel yang bermula pada 28 Februari lalu dilaporkan turut menyasarkan apa yang digelar sebagai ‘sistem saraf logistik’ negara itu. 

Sejak beberapa minggu lalu, sekurang-kurangnya 10 laluan kereta api dan struktur jambatan di beberapa wilayah termasuk Tehran, Alborz, Qom, Isfahan, Zanjan dan Azerbaijan Timur menjadi sasaran serangan udara.

Antara yang diserang ialah jambatan kereta api berhampiran Qom, jambatan Yahya Abad di Kashan, jambatan lengkung di Zanjan, jambatan Hashtrud, jambatan Karaj di wilayah Alborz serta jambatan Charbagh.

Sasaran ini bertujuan memutuskan laluan utara-selatan, mengasingkan Teheran daripada sempadan barat laut dengan Turkiye, serta memutuskan hubungan bandar Mashhad dengan ibu negara.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengancam untuk mengebom jambatan dan loji tenaga bagi mengembalikan Iran ke Zaman Batu, manakala pihak Israel menyifatkan serangan itu sebagai usaha mengganggu pergerakan senjata.

Namun menurut laporan media Iran yang disokong rakaman di lapangan, serangan tersebut gagal melumpuhkan operasi. Sebaliknya, ia mencetuskan tindak balas pantas daripada unit kejuruteraan khusus yang bersedia lebih awal.

Enam jambatan atau segmen kereta api yang rosak disahkan berjaya  dipulihkan sepenuhnya selepas serangan April, termasuk jambatan Yahya Abad di Isfahan, jambatan wilayah Qom, jambatan Zanjan-Mianeh, jambatan Karaj, segmen laluan Teheran-Mashhad di Qaleh Now serta jambatan Charbagh.

Jambatan Yahya Abad menyaksikan tren pertama melintasinya selepas hanya 72 jam operasi intensif dilakukan. Jambatan Charbagh turut kembali beroperasi dalam tempoh sama.

Laluan kereta api Teheran-Tabriz-Van ke Turkiye kembali beroperasi dalam tempoh empat hingga lima hari selepas serangan.

Kawasan terowong Puneh di laluan tersebut turut menjadi sasaran serangan berulang kali, menyebabkan jurutera Iran mencadangkan ia dinamakan sebagai ‘Terowong Penentangan’ sebagai simbol kegagalan serangan musuh.

Infrastruktur tenaga negara itu juga mengalami kerosakan besar, namun menunjukkan pemulihan yang pantas.

Syarikat Pengagihan Elektrik Wilayah Teheran berkata, sebanyak 99 pencawang elektrik rosak sepanjang perang, namun bekalan elektrik kepada orang awam tidak pernah terputus kerana tindak balas pantas pasukan teknikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×