PETALING JAYA: Dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah palsu.
Perkara itu dinafikan menerusi cetakan skrin memaparkan laporan berkaitan Anwar dengan tanda palang ‘palsu’ yang tersebar di media sosial.
Tengah hari tadi, media tempatan memetik sumber melaporkan Anwar akan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Sumber itu memberitahu, pertemuan berkenaan diadakan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang. – UTUSAN ONLINE