‘Terima kasih ingatkan umur saya sudah 96 tahun’ - Tun M

‘Terima kasih ingatkan umur saya sudah 96 tahun’ – Tun M

WARTAWAN Utusan Malaysia, Maisarah Sheikh Rahim bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika sesi temu bual bersama beliau, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan kepada setiap orang yang menzahirkan ucapan selamat sempena ulang tahun beliau ke-96 hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu malah, sempat berseloroh dan berterima kasih atas ucapan itu sekali gus mengingatkan beliau tentang umurnya yang semakin berusia.

“Hello semua, terima kasih kerana mengucapkan selamat hari lahir. Sekarang saya sudah berusia 96 tahun.

“Terima kasih kerana mengingatkan bahawa saya semakin tua, bagaimanapun terima kasih kerana mengingati saya dan mengucapkan happy birthday,” katanya menerusi rakaman suara melalui kumpulan WhatsApp media, hari ini.

Dr. Mahathir memimpin negara sebagai Perdana Menteri dua kali dalam sejarah dengan kali pertama selama 22 tahun di bawah Barisan Nasional (BN) dan 22 bulan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Beliau kini memimpin parti politik sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) selepas meletak jawatan Perdana Menteri pada 24 Februari tahun lalu dan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada 10 Mei 2018, Dr. Mahathir mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kali kedua selepas PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003.

Dr Mahathir mencipta sejarah sekali lagi ketika berumur 92 tahun sekali gus muncul Perdana Menteri tertua di dunia dengan kembali mengetuai Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN