Biden jalani pembedahan kanser kulit

Biden jalani pembedahan kanser kulit

JOE BIDEN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dilaporkan baru-baru ini menjalani pembedahan kanser kulit.

Jurucakapnya memaklumkan kepada CBS News, Biden menjalani prosedur Mohs, pembedahan membuang lapisan kulit yang terjejas sehingga bebas daripada sel kanser.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan.

Biden, 82, mencetus perhatian selepas kelihatan dengan luka di bahagian kanan kepalanya sejak beberapa hari lalu.

Pada 2023, beliau pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser kulit di dadanya ketika pemeriksaan kesihatan rutin.

Mei lalu, beliau turut disahkan menghidap kanser prostat agresif yang merebak ke tulang.

“Kanser memberi kesan kepada semua orang. Seperti anda semua, Jill dan saya belajar bahawa kita jadi lebih kuat selepas melalui kesukaran,” tulis Biden di media sosial ketika itu.

Biden juga pernah menjalani beberapa pembedahan membuang kanser kulit bukan melanoma sebelum beliau menjadi presiden.

Sejak meninggalkan Rumah Putih pada Januari lalu, beliau banyak menyepi daripada pandangan umum dan hanya membuat beberapa penampilan awam.

Biden dan isterinya, Jill, sejak sekian lama menjadi penyokong tegar dalam usaha memerangi serta mencari penawar kanser.

Anak lelaki mereka, Beau, meninggal dunia akibat kanser otak pada 2015.- BBC

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN