Terengganu rekod dua kes varian Delta - Utusan Malaysia

Terengganu rekod dua kes varian Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak dua kes varian Delta Covid-19 dikesan di negeri ini dengan kedua-duanya membabitkan daerah Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, rakyat perlu lebih berwaspada dengan risiko jangkitan pandemik berkenaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, buat masa ini pihaknya masih lagi menunggu keputusan pemeriksaan genom sekali gus mengharapkan tiada varian Delta dikesan.

“Varian Delta merebak dengan cepat dan dikatakan boleh menjangkiti walaupun dalam pertemuan cuma lima saat, jadi saya menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati.

“Sekiranya tiada keperluan mendesak, terus kekal berada di rumah dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan terutama di tempat awam,” katanya hari ini.

Setakat semalam,  sebanyak 199 kes varian delta direkodkan di seluruh negara termasuk 10 merupakan kes import.

Sementara itu, infografik Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini melonjak kepada 490, semalam dengan kes tertinggi membabitkan daerah Besut, Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN