Tak layak terima bantuan zakat kerana gaji ‘terlebih’ RM100 - Utusan Malaysia

Tak layak terima bantuan zakat kerana gaji ‘terlebih’ RM100

GAN Leong Piow (kiri) sambil perhatikan Lau Chit Fang menyerahkan sumbangan RM500 kepada Maz Irdhawati Mohd. Ali yang disalurkan secara bulanan sehingga dia dipanggil bertugas semula. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kesempitan hidup akibat Covid-19 mendorong ibu tunggal tiga anak di Kampung Sireh di sini cuba memohon bantuan zakat, biarpun usahanya pernah gagal sebelum ini.

Maz Irdhawati Mohd. Ali, 45, menebalkan muka memohon semula bantuan tersebut selepas terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tetap ditolak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, wanita yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sini berkata, permohonan kali pertama pada 2019 ditolak dengan alasan dia mempunyai pendapatan tetap.

Katanya, permohonan kali kedua yang dibuat sekitar Mei tahun lalu pula gagal kerana gaji bulanannya RM1,300, ‘terlebih’ RM100 daripada had kelayakan RM1,200 ke bawah.

“Apabila PKP 1.0 dikuatkuasakan, kami sebagai pekerja di ‘bahagian tidak perlu’ terpaksa bercuti tanpa gaji, menyebabkan saya dan anak-anak terpaksa bergantung kepada wang simpanan sampai habis.

“Bekalan makanan yang tinggal iaitu beras dan telur hampir habis memaksa saya nekad minta bantuan kawan-kawan,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Sireh di sini.

Perkongsian mulut ke mulut oleh kenalan yang prihatin membolehkan nasib Maz Irdhawati dan anak-anak mendapat perhatian Persatuan Pendidikan Akhlak Che Long Khor Kelantan.

Penasihat persatuan itu, Gan Leong Piow bersama Presidennya, Lau Chit Fang menyerahkan barangan makanan serta bantuan sebanyak RM500 yang disalurkan secara bulanan, sehingga Maz Irdhawati
kembali dipanggil bertugas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN