Rabiot wira AC Milan

Rabiot wira AC Milan

Adrien Rabiot (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan Moatasem Al-Musrati ketika aksi Serie A antara Hellas Verona dan AC Milan di Stadium Marcantonio Bentegodi, Verona, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VERONA: Adrien Rabiot muncul wira AC Milan apabila jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Hellas Verona sekali gus semakin hampir ke pentas Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Gol pada minit ke-41 di Stadium Marcantonio Bentegodi itu sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat skuad kendalian Massimiliano Allegri.

Kemenangan tersebut melonjakkan semula Milan ke tangga kedua Serie A dengan kelebihan selesa dalam perebutan kelompok empat terbaik.

Rabiot yang beraksi cemerlang menyudahkan gerakan kemas selepas merampas bola di tengah sebelum melakukan hantaran satu-dua bersama Rafael Leao.

Pemain tengah Perancis itu kini mengumpul enam gol liga musim ini, sekali gus membuktikan peranannya semakin penting dalam jentera Milan.

Milan turut mengambil kesempatan daripada keputusan pesaing apabila Como tewas kepada Sassuolo dan AS Roma sekadar seri dengan Atalanta.

Dengan baki lima perlawanan, Rossoneri kini hampir pasti menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas dan kembali ke pentas elit Eropah.

Allegri dalam masa sama menegaskan komitmennya kekal bersama Milan meskipun dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih skuad Itali.

Sementara itu, kekalahan kelima berturut-turut Verona menyaksikan mereka semakin hampir tersingkir apabila terus menghuni tangga tercorot liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN