Dua jaringan cukup hantar Harimau Malaya B-16 ke separuh akhir

Dua jaringan cukup hantar Harimau Malaya B-16 ke separuh akhir

Malaysia kini berdepan cabaran getir apabila dijadual menentang juara Kumpulan B, Laos B-16 di separuh akhir Rabu ini. - IHSAN PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola sepak kebangsaan Bawah 16 Tahun (B-16) menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-17 2026 selepas menewaskan Timor-Leste B-16 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Joko Samudro, malam tadi.

Kemenangan penting itu menyaksikan skuad kendalian Shukor Adan mengesahkan tiket ke kelompok empat terbaik selaku naib juara terbaik daripada tiga kumpulan.

Meskipun tidak muncul juara kumpulan, Harimau Malaya B-16 tetap mencuri perhatian apabila menunjukkan kematangan taktikal sepanjang saingan peringkat kumpulan.

Skuad negara bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi penyudah tajam Aniq Thaqif Hairulnizam.

Bagaimanapun, dominasi penguasaan bola gagal diterjemahkan kepada jaringan tambahan apabila barisan serangan negara sedikit tumpul di hadapan gol lawan.

Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila Adam Haikal Afiri menggandakan kelebihan pada minit ke-51 untuk mengesahkan kemenangan.

Keputusan itu cukup untuk meletakkan Malaysia di kedudukan kedua kumpulan di belakang Vietnam B-16 yang mengutip tujuh mata.

Vietnam mengesahkan status juara kumpulan selepas seri tanpa jaringan dengan tuan rumah, Indonesia B-16 dalam satu lagi aksi.

Malaysia kini berdepan cabaran getir apabila dijadual menentang juara Kumpulan B, Laos B-16 di separuh akhir Rabu ini.

Dalam satu lagi separuh akhir, Vietnam akan bertemu juara bertahan, Australia B-16 sekali gus menjanjikan perebutan sengit ke pentas final. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN