Tajuddin, Zahidi dan Dira tak sokong tarik sokongan terhadap PM - Utusan Malaysia

Tajuddin, Zahidi dan Dira tak sokong tarik sokongan terhadap PM

DIRA ABU ZAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hanya empat ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak menandatangani perakuan menyokong keputusan MT malam tadi yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN

Mereka ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Khaidiriah atau Dira Abu Zahar serta seorang lagi ahli MT yang belum dapat dipastikan.

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

“Sementara seorang lagi ahli MT yang tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang kini berada di luar negara mengetuai misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza,” dedah Zahidi yang turut berada dalam mesyuarat MT UMNO malam tadi kepada Utusan Online ketika dihubungi pagi ini.

Dalam pada itu, Zahidi turut menjelaskan, beliau setakat hari ini belum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, perkara itu perlu dibincang dengan komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA dan PBRS bagi mencapai kata sepakat.

“UMNO tidak boleh syok sendiri, dia mesti berbincang dengan komponen dalam BN sebab kita bertanding atas tiket BN.

“Kalau kita tinggalkan MIC dan MCA, bagaimana kita nak menang hati dan undi Cina dan India pada Pilihan Raya Umum Ke-15? ” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya