Pas arah ahli undi calon MCA, MIC demi sekat PH

Pas arah ahli undi calon MCA, MIC demi sekat PH

TUAN Ibrahim Tuan Man (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah tokoh dan plak penghargaan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pasir Mas di Meranti Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Pas mengesahkan arahan kepada ahli dan penyokongnya supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor turut melibatkan calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC yang bertanding di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak memenangi kerusi berkenaan sehingga membuka laluan kepada DAP menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Johor.

Katanya, arahan yang dikeluarkan kepada ahli dan penyokong Pas adalah jelas memandangkan PN tidak bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

“Bila kita tidak bertanding di semua kerusi, kena ada satu pengarahan yang jelas bagi mengelak PH menang di PRN Johor yang  membuka pintu kepada DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

 “Jadi kita beri undi kepada BN di kerusi yang ditandingi calon-calon bukan Melayu. Keutamaan kita adalah mengelak DAP menguasai kawasan itu,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pasir Mas di Meranti, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, arahan tersebut turut menerima maklum balas positif daripada pengundi termasuk di kawasan yang ditandingi Pas.

Katanya, selepas seminggu tempoh berkempen, Pas juga menerima sokongan daripada sebahagian ahli UMNO di beberapa daripada 11 kerusi DUN yang ditandinginya.

“Kita baru seminggu berkempen dan setakat ini menerima sambutan positif, termasuk daripada beberapa ahli UMNO di beberapa DUN. Ada yang datang berjumpa menyatakan sokongan dan kita mengharapkan ia dapat diterjemahkan kepada kertas undi pada hari pengundian nanti,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN