Rahman Dahlan tamak haloba, pentingkan parti bukan rakyat - Penganalisis - Utusan Malaysia

Rahman Dahlan tamak haloba, pentingkan parti bukan rakyat – Penganalisis

KARTINI ABOO TALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Strategi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagaimana yang dibangkitkan dalam mesyuarat MT minggu lalu dilihat sebagai seorang pemimpin tamak haloba kerana mementingkan nasib parti dan bukannya terhadap rakyat keseluruhannya.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib berkata, dalam saat negara berdepan dengan krisis kesihatan dan kelangsungan hidup, ternyata ahli politik menggunakan rasional untuk kepentingan mereka.

Menurut beliau, trend seumpama ini tidak ada bezanya dengan agenda populis pembangkang.

“Video suara rakaman salah seorang ahli MT UMNO iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan jelas menunjukkan beliau seiring dengan doktrin aristotle, ‘man is political animal’. Strategi untuk kuasa dan parti yang dilihat secara dalaman parti mungkin ada keberuntungan, tetapi tidak untuk rakyat.

“Ini adalah kesan demokrasi berperwakilan iaitu rakyat memilih pemimpin melalui pilihan raya telah mewakilkan mereka menjaga kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kartini berkata, UMNO seharusnya kembali kepada saf perjuangan bangsa dan agama jika ingin kekal relevan. 

Beliau berpendapat, parti itu harus memberi laluan secara organik kepada barisan pemimpin muda bagi menggantikan MT UMNO yang semakin berkarat dan lupa diri.

“Covid-19 sebenarnya menguji ketahanan UMNO yang ditubuhkan sejak 1946 sebagai parti perjuangan bangsa.  

“Jika pemimpinnya lupa diri, maka pandemik ini mungkin menjadi kubur tidak bertanda untuk mana-mana pemimpin politik yang tamak,” katanya.

Sebelum ini tular rakaman audio Abdul Rahman ketika mesyuarat MT pada 7 Julai lalu yang menyatakan UMNO akan rugi jika kes Covid-19 menurun dan ekonomi meningkat. 

Beliau menyatakan sedemikian sebagai justifikasi mengapa ‘timing’ atau tempoh untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri atau sebaliknya adalah penting.

Bagaimanapun, Abdul Rahman menafikan dakwaan itu dan menyatakan perkara itu disalah erti dan banyak hujah tidak dilaporkan untuk mengelirukan keadaan.

“Sebagai seorang ahli MT, saya wajib memberikan pandangan saya secara jujur dan ikhlas dalam mesyuarat walaupun risiko disalahertikan oleh musuh UMNO.

“Bila saya bercakap tentang masa untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, saya bermaksud Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan taktik untuk ‘mengenakan UMNO’ apabila keadaan sudah berpihak kepada mereka,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya