PUTRAJAYA: Hampir dua juta penduduk Pulau Pinang bakal menikmati peralihan baharu kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perubahan daripada Fasa 1 itu susulan kejayaan negeri tersebut mencapai nilai ambang tiga indikator utama.
“Setelah meneliti nilai-nilai ambang negeri itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju peralihan Pulau Pinang kepada fasa seterusnya,” kata beliau menerusi kenyataan hari ini.










