(KEMAS KINI) Datuk Seri tipu Fizz Fairuz ditahan - Utusan Malaysia

(KEMAS KINI) Datuk Seri tipu Fizz Fairuz ditahan

FIZZ FAIRUZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan  menahan lelaki dipercayai Datuk Seri yang terlibat dalam penipuan urusan penyambungan tender pembersihan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan mangsa iaitu pelakon popular, Datuk Fizz Fairuz.

Suspek berkenaan dipercayai ditahan sebentar tadi dan kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Kajang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu.

“Ya, masih dalam tahanan IPD Kajang dan akan diserah kepada IPD Sentul pada Sabtu ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, satu siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penipuan urusan tender melibatkan seorang mangsa iaitu pelakon popular Datuk Fizz Fairuz.

Fizz Fairuz sebelum itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul selepas mendakwa dirinya ditipu oleh seorang individu berusia 26 tahun yang mengaku berpangkat Datuk Seri.

Pelakon berusia 41 tahun itu diminta untuk membuat pembayaran kepada individu berkenaan sebagai cagaran dalam urusan penyambungan tender pembersihan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, sebaik sahaja bayaran RM18,000 dibuat, lelaki terbabit gagal dihubungi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya