Polis siasat gangguan seksual di Pusat Pemberian Vaksin

Polis siasat gangguan seksual di PPV

MOHD. PADZLI MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung dakwaan seorang wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota keselamatan yang bertugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya sudah merakam keterangan seorang wanita berkenaan yang berasal dari Batu Pahat.

Katanya, mangsa yang berusia 32 tahun itu telah tampil membuat laporan polis pada pukul 4.56 petang, kelmarin.

“Kita sudah menerima laporan polis yang dibuat mangsa pada petang Ahad lalu dan juga telah merakamkan keterangan mangsa berkenaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan seorang anggota keselamatan yang bertugas di sebuah PPV di daerah ini didakwa melakukan isyarat lucah dan gurauan lucah terhadap seorang wanita yang hadir ke PPV berkenaan untuk janji temu pemberian vaksin Covid-19.

Dalam laporan portal berita itu, mangsa tersebut turut memberitahu bahawa petugas berkenaan meminta untuk memeriksa aplikasi MySejahtera dan kad pengenalannya sebelum mula menggoda wanita itu.

Mangsa dilaporkan berkata tidak dapat mengecam tanda nama atau nombor lencana anggota berkenaan kerana ketika itu dia tergesa-gesa kerana lambat hadir untuk janji temu vaksinnya yang dijadualkan pada pukul 1 tengah hari.

Katanya lagi, dia menerima layanan baik ketika menerima vaksin oleh petugas kesihatan biarpun lambat ke PPV tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya