Hubungan baik Anwar dengan negara sahabat Asia Barat beri ruang usaha diplomatik

Hubungan baik Anwar dengan negara sahabat Asia Barat beri ruang usaha diplomatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hubungan diplomatik yang baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan negara sahabat di Asia Barat dilihat berupaya membuka ruang kepada usaha untuk membantu 10 delegasi Global Sumud Flotila (GSF) Malaysia yang ditahan rejim Israel.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa sama, beliau juga mahu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memainkan peranan bagi membantu peserta-peserta terbabit.

“InsyaAllah saya akan meminta Menteri Luar dan tentunya hubungan yang baik antara Perdana Menteri dengan negara sahabat, mungkin usaha diplomatik dapat diikhtiarkan,” katanya selepas merasmikan dan menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyDigital ID Sdn Bhd dan rakan kerjasama strategik di sini hari ini.

Terdahulu, Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan enam daripada 22 kapal yang dipintas dan diceroboh tentera rejim Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza, melibatkan 10 rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, usaha diplomatik itu bukan sahaja bagi mempermudahkan peserta GSF sampai ke destinasi, tetapi memastikan mereka dapat dibebaskan selepas misi berkenaan selesai.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan agar misi GSF diberikan perlindungan selain dapat dilaksanakan dengan selamat

“Kita tahu inilah cabaran yang pasti akan dihadapi dan kita harapkan agar mereka mempunyai daya tahan dan kecekalan untuk menterjemahkan niat itu hingga sampai destinasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN