Ebit Lew diarah bela diri 11 pertuduhan gangguan seksual

Ebit Lew diarah bela diri 11 pertuduhan gangguan seksual

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew membela diri atas 11 pertuduhan gangguan seksual terhadap seorang wanita, kira-kira lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Nur Asyraf Zolhani selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ebit Lew, 41, di akhir kes pendakwaan.

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.

Ebit Lew diwakili barisan peguam bela Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan. – UTUSAN

Berita penuh menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN