‘Nak berniaga jangan bagi alasan itu ini’ - Datuk Seri Vida

‘Nak berniaga, jangan bagi alasan itu ini’ – Vida

DATUK SERI VIDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan sen­­­sasi, Datuk Seri Vida tidak mem­perlekeh atau menidakkan gerakan bendera putih sebalik­nya sekadar menitipkan pesa­nan untuk mereka yang sering membe­rikan alasan untuk mula berniaga.

Jelas beliau atau nama sebe­narnya, Hasmiza Othman, sesiapa sahaja boleh me­mula­kan perniagaan tanpa meng­gunakan alasan modal sebagai peng­ha­lang dan banyak peluang boleh diraih jika rajin berusaha.

“Kalau ada yang mengata atau mencemuh saya kerana ke­nyataan itu, lebih baik pergi cuci hati. Bukan saya memperlekeh mana-mana pihak cuma saya memang jenis yang cakap berterus-terang sahaja.

“Saya bercakap dari perspektif seorang peniaga. Sekarang ini, kalau nak berniaga jangan bagi alasan itu ini. Usaha itu penting. Berniaga depan rumah pun boleh. Cari jalan untuk memulakan sesuatu.

“Bukan saya menentang kem­pen bendera putih, tetapi sekali dua mungkin orang tolong. Kalau dah masuk kali keempat atau kelima, macam tidak ada usaha. Janganlah berfikiran negatif sa­ngat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Usahawan yang juga seorang penyanyi ini berdepan cemuhan masyarakat yang menganggap dia memperlekeh mereka yang meminta bantuan dan menyifatkan kenyataannya itu sebagai tidak cerdik.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Vida yang sedang berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan memuji usaha dan kerajinan seorang pemuda yang tetap mencari rezeki walau dihimpit dengan kesukaran.

Beliau juga enggan mengambil pusing komen-komen negatif yang mengatakan dia hanya pandai bercakap dan tidak turun padang untuk membantu mereka yang terjejas teruk dek pandemik ini.

“Saya pun ada menghulurkan ban­tuan kepada mereka yang ter­jejas tetapi takkan semua nak muat naik dan canangkan. Ma­lah, ada sahaja rumah yang mengibarkan bendera putih sa­ya bantu sedikit sebanyak.

“Tapi ada juga yang malu nak kibar bendera putih. Takut jiran mengata dan ada juga yang tak mahu kibar sebab anak-anak malu. Jadi saya wakilkan kakitangan untuk hulurkan ban­tuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya