PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof menafikan terlibat dalam Persidangan Uyghur Refugees Rights In Malaysia serta hebahan infografik yang dimuat naik hari ini.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu tidak pernah bersetuju atau terbabit dengan sebarang persidangan seperti mana yang tersebar.
“Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkenaan persidangan ini hendaklah menghubungi pejabat menteri terlebih dahulu,” katanya.
Sebuah poster tular di media sosial berhubung penyertaan menteri berkenaan dalam persidangan itu yang dianjurkan secara maya.










