Lelaki tikam Presiden Mali mati dalam tahanan - Utusan Malaysia

Lelaki tikam Presiden Mali mati dalam tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Seorang lelaki yang didakwa cuba menikam Presiden Mali, Assimi Goita minggu lalu, dilaporkan mati di hospital semasa masih berada dalam kawalan pasukan keselamatan.

Pihak kerajaan dalam kenyataan berkata, Goita yang merupakan seorang kolonel pasukan khas mengatur dua rampasan kuasa tahun lalu, melarikan diri setelah penyerang cuba menikamnya ketika menunaikan solat di sebuah masjid di Bamako.

Menerusi video yang diperoleh Reuters, memaparkan pasukan keselamatan mencampak seorang lelaki ke belakang trak pikap tentera.

“Semasa siasatan, keadaan kesihatannya merosot. Dia dibawa ke hospital dan meninggal dunia,” katanya.

Pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Goita berkhidmatan sebagai naib presiden kepada pemimpin peralihan Bah Ndaw sehingga digulingkan Mei lalu. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya