Lelaki maki penjual nasi lemak ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki maki penjual nasi lemak ditahan

TANGKAP layar video seorang lelaki memaki penjual nasi lemak gara-gara ditegur tidak memakai pelitup muka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang tular berikutan tindakannya memaki hamun dan memarahi penjual nasi lemak selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.

Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Taman Desa, dekat sini kira-kira pukul 8 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, penahanan lelaki itu dibuat susulan laporan polis oleh pengadu selepas video kejadian berkenaan tular.

“Dia direman dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular kejadian seorang lelaki itu yang juga pelanggan gerai nasi lemak dikatakan memarahi dan memaki hamun peniaga serta seorang lagi pelanggan apabila ditegur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, lelaki itu dirakam seorang wanita menggunakan telefon bimbit.

Rakaman berdurasi 29 saat itu turut tular di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN