Miss & Mister Celebrity guna logo tanpa kebenaran Tourism

Miss & Mister Celebrity guna logo tanpa kebenaran Tourism

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran acara Miss & Mister Celebrity International 2025.

Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia berkata, pihaknya memandang serius tindakan penganjur didapati menggunakan logo rasmi tanpa kebenaran bagi acara berlangsung pada 14 hingga 22 Disember lalu di Sentul.

Katanya, pihak penganjur menggunakan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) tanpa kebenaran bertulis secara rasmi.

“Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam, atau liabiliti yang timbul daripada penganjuran acara tersebut mahupun penggunaan logo tanpa kebenaran.

“MOTAC dan Tourism Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penganjur bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama serta identiti korporat rasmi agensi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN