fbpx

19 September 2021, 1:04 am

  TERKINI

Kempen kibar bendera hitam pula bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kempen mengibarkan bendera hitam pula hadir atas tujuan berlainan. 

Media Sekretariat Solidariti Rakyat berkata rakyat diminta mengibarkan bendera hitam bermula esok di hadapan rumah, kedai, jalan atau tempat sesuai sebagai tanda kekecewaan mereka. 

Ia juga meminta orang ramai mengambil gambar dan memuat naik di media sosial secara serentak pada pukul tiga petang esok dan menggunakan tanda pagar #Lawan pada setiap hantaran.

Tidak diketahui sama ada kempen ini akan berjaya selepas kerajaan mengumumkan lapan insentif pemulihan dengan peruntukan ratusan bilion ringgit bagi membantu rakyat.

Melalui insentif itu kerajaan turut memperuntukan RM300,000 kepada setiap ahli parlimen bagi menyediakan bakul makanan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan ekoran pandemik Covid-19.

Insentif terbaharu dan yang kelapan membabitkan peruntukan RM150 bilion bagi meringankan beban rakyat.

Namun, Media Sekretariat Solidariti Rakyat berkata, mereka kecewa kerana Parlimen yang sepatutnya menjadi tempat membincangkan jalan penyelesaian kepada isu-isu kesengsaraan rakyat sehingga hari ini masih lagi gagal bersidang.  

Kempen kibar bendera hitam muncul selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19. 

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, inisiatif bendera putih adalah satu manifestasi daripada keterdesakan rakyat Malaysia untuk melangsungkan kehidupan. 

“Rakyat terpaksa merayu demi sesuap nasi dikala kerajaan hari ini menggajikan puluhan jemaah menteri dengan bayaran yang tinggi.

“Kelembapan pengumuman bantuan kewangan oleh kerajaan walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan perkara baharu, sama sekali tidak boleh diterima rakyat,” katanya.  – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI