33,094 rumah siap dibina bernilai RM17.8 bilion belum terjual 

33,094 rumah siap dibina bernilai RM17.8 bilion belum terjual 

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33,094 unit rumah siap dibina masih belum terjual di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM17.8 bilion pada suku kedua tahun ini.

 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 293 unit atau 0.9 peratus berbanding 32,801 unit bernilai RM16.37 bilion yang direkodkan pada suku pertama tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Katanya, jumlah tersebut menunjukkan isu lambakan rumah siap dibina tetapi tidak terjual masih menjadi cabaran dalam pasaran perumahan negara.

 

“Keadaan itu secara umumnya berpunca daripada ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran apabila rumah yang dibina tidak memenuhi keperluan penduduk setempat dari segi kuantiti, kualiti serta harga berbanding pendapatan.

 

“Sehubungan itu, menerusi Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026-2035, KPKT memberi penekanan kepada perancangan pembangunan perumahan yang lebih bersasar dan berasaskan data, mengambil kira kemampuan pendapatan, keperluan perumahan serta permintaan sebenar mengikut lokaliti,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen.

 

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai jumlah rumah siap dibina tetapi belum terjual bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

 

Kor Ming berkata, KPKT juga akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak industri bagi memastikan pembangunan perumahan lebih seimbang dengan permintaan pasaran.

 

“Langkah itu bertujuan mengurangkan risiko lambakan rumah tidak terjual, selain meningkatkan akses rakyat kepada kediaman berkualiti, mampu milik dan berdaya huni,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini