Isteri curang ikut kekasih jual dadah - Utusan Malaysia

Isteri curang ikut kekasih jual dadah

SEBAHAGIAN dadah yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang wanita bukan sahaja curang dengan suaminya tetapi turut ditahan mengedar dadah bersama kekasih gelapnya dalam satu serbuan di Kuala Sungai Baru, malam semalam.

Ibu anak dua berusia 30 tahun itu dan teman lelaki, 32, ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira pukul 11.10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan tdilakukan di rumah lelaki berkenaan dan pemeriksaan menemukan lapan paket lutsinar mengandungi dadah.

“Kesemua paket dipercayai berisi dadah jenis heroin seberat 89.18 gram itu ditemukan di dalam salah sebuah bilik di rumah suspek lelaki.

“Pasukan polis turut menemukan tujuh paket plastik syabu seberat 12.15 gram, enam biji pil Eramin 5 dengan anggaran keseluruhan bernilai RM6,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa alatan dipercayai digunakan untuk menghisap syabu dan alat penimbang untuk membungkus dadah turut dirampas.

Ujarnya lagi, kedua-dua suspek dipercayai aktif mengedar di kawasan setempat sejak sebulan lalu dan menjadikan rumah sewa itu sebagai tempat membungkus dadah.

“Hasil saringan ujian air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Semakan lanjut, suspek wanita mempunyai empat rekod membabitkan dadah manakala lelaki 11 rekod kesalahan sama,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita terbabit mendakwa suaminya berada di Pahang kerana bekerja di sana dan mereka tidak pernah berjumpa sejak larangan rentas negeri dilaksanakan.

“Dua anak mereka tinggal bersama suspek di Melaka.

“Suspek dan teman lelakinya kini direman selama tujuh hari sehingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B, Seksyen 39 A (1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya