Isteri buat laporan polis palsu untuk dapat lebih duit suami

Isteri buat laporan polis palsu untuk dapat lebih duit suami

BAHARUDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Semata-mata untuk mendapatkan duit lebih daripada suaminya untuk kegunaan peribadi, seorang suri rumah di Perumahan Kilang Sawit Kertih 6, Ketengah Jaya di sini sanggup membuat laporan palsu kononnya disamun pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, helah wanita berusia 40 tahun itu memakan diri selepas laporan perubatan mendapati kecederaan yang dialaminya adalah disebabkan objek tumpul atau pukulan sendiri.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan terhadap wanita berkenaan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Selang tujuh jam laporan polis dibuat, doktor mengesahkan tiada kesan calar di kepalanya manakala kesan bengkak yang dialami bukan disebabkan oleh batang logam.

“Soal siasat telah dibuat dan dia mengaku membuat laporan palsu hanya kerana memerlukan duit lebih daripada suami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lalu, suri rumah berkenaan membuat laporan polis kononnya dia kerugian lebih RM2,000 kerana disamun seorang lelaki ketika berseorangan di kediamannya di samping turut mendakwa dipukul dengan sebatang besi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN