Ibadat korban di Negeri Sembilan ditangguhkan - Utusan Malaysia

Ibadat korban di Negeri Sembilan ditangguhkan

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ibadat korban di seluruh Negeri Sembilan sempena sambutan Aidiladha tahun ini ditangguhkan. 

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, dalam kenyataan juga memaklumkan, solat sunat Aidiladha bagi daerah dan lokaliti yang diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  tidak dibenarkan. 

Kawasan di luar PKPD pula, solat sunat Aidiladha hanya melibatkan 12 orang yang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau Jumaat sepertimana sedang dilaksanakan. 

Jelas kenyataan itu lagi, keputusan yang diambil tersebut telah dipersetujui setelah dipersembah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan dikemukakan kepada Datuk-Datuk Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin. 

“Keputusan ini dilakukan atas syor dan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid Negeri Sembilan dan MKN.

“Ketetapan sedemikian perlu diambil sebagai menyahut nasihat kerajaan agar semua bentuk aktiviti berkumpulan dikawal bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ini,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN