Hari Sarawak memberi makna cukup besar  - Utusan Malaysia

Hari Sarawak memberi makna cukup besar 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sambutan Hari Sarawak memberi makna cukup besar kerana pada tarikh ini, negeri itu secara rasmi mula ditadbir  anak Sarawak sendiri 58 tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, walaupun negara dilanda pandemik Covid-19, beliau yakin sambutan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul.

“Selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak. Sambutan ini pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Sarawak secara rasmi mula ditadbir oleh anak Sarawak sendiri.

“Saya yakin Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik Covid-19. Selamat Hari Sarawak 2021.  Sarawak Gemilang Untuk Semua,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya