TORONTO: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic yang sedang memburu pingat emas Olimpik menarik diri daripada kejohanan ATP Toronto, bulan hadapan.
Penganjur memberitahu, keputusan itu dibuat kerana jadual padat Djokovic yang sedang memburu kejuaraan Grand Slam Emas.
Pemain Serbia itu mahu mencipta sejarah selepas memenangi Terbuka Arustralia, Terbuka Perancis dan Wimbledon.
Dia berhasrat menyamai rekod Steffi Graf yang merangkul semua kejuaraan Grand Slam pada 1988 dan meraih pingat emas di Seoul.
“Kami gembira untuk melayan Novak di sini.
“Bagaimanapun kejayaan merangkul 20 gelaran Grand Slam di Wimbledon dan penyertaannya di Tokyo adalah sesuatu yang mudah untuk difahami,” kata jurucakap kejohanan Karl Hale.
Selain Djokovic, Dominic Thiem, David Goffin dan Stan Wawrinka turut menarik diri daripada kejohanan itu.-AFP