Belanja RM10,000 persiapan musim tengkujuh

Belanja RM10,000 persiapan musim tengkujuh

NORHISAM Nahari memasang tong pelampung di bawah lantai kedai makan sebagai persediaan musim banjir di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penduduk Mukim Ulu Tembeling yang tinggal di persisiran Sungai Tembeling dan Sungai Sepia di sini. terpaksa mengeluarkan belanja RM6,000 hingga RM10,000 bagi menyediakan tong dan membaik pulih kediaman persiapan musim tengkujuh.

Sebilangan rumah, kedai makan dan runcit dibina berdekatan sungai tersebut mudah dinaiki air setiap kali hujan lebat dan air sungai melimpah sehingga penduduk berkenaan perlu bersiap-siaga dengan memasang tong untuk mengapungkan rumah serta premis masing-masing.

Perbelanjaan itu juga membabitkan membaik pulih rumah dan premis yang rosak sebelum ini selain menggantikan tong pelampung lama yang rosak dengan peralatan baharu antara persediaan sekiranya banjir berlaku lagi.

Pengalaman bah merah 2014 dan banjir tahun berikutnya memaksa penduduk dan pemilik premis membuat persediaan awal bagi elak kerugian harta benda terma­suk langkah keselamatan lain.

Penduduk Kampung Bantal, Norhisam Nahari, 45, berkata, dia sudah memasang 15 buah tong sebagai pelampung yang dibeli dengan harga RM55 sebuah ketika mula membina premis itu bagi mengelakkan tenggelam ketika banjir.

“Sudah beringat lebih awal ketika membina kedai ini, saya gunakan tong pelampung dipasang di bawah lantai mampu bertahan dengan ancaman banjir. Kos menggantikan bahagian binaan kedai yang rosak sebelum ini serta menyediakan tong hampir RM6,000 antara usaha keselamatan ketika berdepan bencana banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Kata Hasnizam, penduduk pesisir Sungai Tembeling yang berisiko dilimpahi air ke kawasan kediaman dan premis kedai terpaksa belanja besar sediakan tong pelampung dan keperluan keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN