Covid-19: 17,045 kes tertinggi direkodkan - Utusan Malaysia

Covid-19: 17,045 kes tertinggi direkodkan

- FB KKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes positif Covid-19 hari ini mencatatkan jumlah positif tertinggi dengan 17,045 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara mencapai 1,013,438 kes.

Kedah menunjukkan peningkatan dengan jumlah kes sebanyak 1,216 kes berbanding 867 kes semalam.

Bagaimanapun, Selangor masih kekal tertinggi kes Covid-19 di negara ini dengan 8,500 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri itu adalah 367,469 kes manakala negeri kedua tertinggi adalah Kuala Lumpur dengan jumlah sebanyak 2,045 kes.

Perlis masih menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 dibawah 20 kes sehari.

Berikut pecahan setiap negeri:Selangor – 8,500 (367,469)
WPKL – 2,045 (110,051)
Johor – 950 (84,258)
Sabah – 818 (79,470)
Sarawak – 407 (73,986)
Negeri Sembilan – 513 (66,615)
Pulau Pinang – 573 (42,097)
Kelantan – 266 (39,673)
Kedah – 1,216 (38,477)
Perak – 609 (33,919)
Melaka – 370 (28,094)
Pahang – 424 (21,387)
Terengganu – 273 (14,318)
WP Labuan – 21 (9,599)
WP Putrajaya – 50 (3,367)
Perlis – 10 (658)

-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya