Cadangan Pas tambah baik doktor kontrak diterima kerajaan - Utusan Malaysia

Cadangan Pas tambah baik doktor kontrak diterima kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana cadangan parti itu untuk menambah baik sistem doktor kontrak telah diterima kerajaan.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, pihaknya sebelum ini juga membuat beberapa cadangan kepada kerajaan untuk pelan jangka panjang dalam menyelesaikan isu kesihatan termasuk status doktor kontrak.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri di atas pengumuman rasmi pada 23 Julai lalu berhubung komitmen kerajaan mengatasi isu doktor kontrak dengan arahan untuk melakukan reformasi menyeluruh kepada perkhidmatan kesihatan negara. Komitmen ini tidak dilakukan oleh kerajaan sebelum ini,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Abdul Latiff memaklumkan isu doktor kontrak bukan sesuatu yang baru timbul ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya telah dilihat sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, hanya kerajaan PN yang memberi maklum balas kepada tuntutan doktor kontrak apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kesihatan menyelesaikan perkara itu.

“Isu ini telah bermula sejak 2016 lagi di zaman BN, berlarutan hingga 2018 iaitu zaman PH, sehinggalah zaman kerajaan PN sekarang. Hanya PN memberi maklum balas kepada tuntutan doktor kontrak ini melalui arahan Perdana Menteri kepada Kementerian Kesihatan bagi pelan komprehensif untuk menyelesaikannya.

“Saya secara peribadi menyanjung usaha doktor kontrak ini yang berani menyuarakan pandangan untuk membela masa depan kerjaya mereka. Walaupun terlibat dengan protes mereka tetap menjaga pesakit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN