Pelajar Malaysia di Thailand rentas Sungai Golok secara haram berdepan pendakwaan

Pelajar Malaysia di Thailand rentas Sungai Golok secara haram berdepan pendakwaan

MOHD. Yusoff Mamat dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 29 daripada 34 pelajar Malaysia di Thailand yang  ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana merentas sempadan secara tidak sah melalui pangkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang, dekat sini bakal berdepan pendakwaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ketika ini pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Katanya, semua pelajar dan murid yang terlibat dengan proses itu berusia 10 tahun dan ke atas.

“Bawah usia 10 tahun tidak menjalani proses itu. Ketika ini kita bebaskan mereka dengan jaminan polis selepas mengambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Tugas kami (polis) hanya membuat tangkapan dan melengkapkan siasatan. Untuk pertuduhan bergantung kepada pendakwa raya sama ada mahu berbuat demikian atau sebaliknya,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, sebelum penguatkuasaan larangan rentas sempadan dilaksanakan bermula 1 Disember 2024, lebih 500 pelajar menggunakan pangkalan haram untuk berulang-alik ke sekolah di negara ini.

Katanya, ia melibatkan pangkalan haram yang terdapat di sekitar Rantau Panjang, Tumpat dan Jeli.

“Bila larangan dikuatkuasakan, jumlah menurun kepada sekitar 300 pelajar. Sekarang hanya ada lebih 100 orang yang masih berulang-alik dari Thailand ke sekolah di Rantau Panjang, lain-lain sudah selesai,” ujarnya.

Mohd. Yusoff berkata, 34 pelajar yang ditahan itu adalah dari 100 kumpulan individu menetap di Thailand dan bersekolah di Rantau Panjang.

Ujarnya, beliau sudah memberikan penjelasan berkenaan isu terbabit kepada Pegawai Khas Menteri Pendidikan.

“Jadi, kita tunggu apa kaedah KPM (Kementerian Pendidikan) akan  buat nanti untuk mengatasi masalah ini,’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN