Azmin jadi sasaran serangan pembangkang - Utusan Malaysia

Azmin jadi sasaran serangan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi sasaran serangan barisan pembangkang ketika menjawab bagi pihak Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Azmin (Bersatu-Gombak) bangun untuk menjawab dakwaan kluster kilang seperti dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) sedangkan soalan itu patut dijawab Tengku Zafrul.

Beliau menjelaskan tiada bukti jelas menunjukkan bahawa jangkitan Covid-19 disumbang oleh sektor kilang dan industri.

“Ketua Pembangkang kena bagi hujah berfakta, Port Dickson (Anwar) bukan Ketua Ranting tetapi Ketua Pembangkang dan kononnya bakal Perdana Menteri,” katanya.

Jawapan itu namun tidak berjaya memuaskan hati ahli-ahli pembangkang yang mendakwa fakta Azmin itu tidak berasas sehingga mereka mempertikai kredibilti  beliau sebagai Menteri Kanan.

Antaranya Dr. Lee Boon Chye (PH-Gopeng) dan Dr. Ong Kian Ming (PH-Bangi).

Namun ketika Mohamed Azmin cuba menunjukkan carta data-data mengenai kluster kilang, ramai yang bersuara menyindirnya dengan menyebut perkataan ‘kabur’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN