Arab Saudi terima vaksin Sinovac - Utusan Malaysia

Arab Saudi terima vaksin Sinovac

SUMBER dari laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi berhubung pendaftaran vaksin Sinovac untuk kemasukan ke negara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan Arab Saudi memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara itu.

Beliau sekali gus meminta agar berita gembira itu disampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin jenis tersebut dan berniat untuk menunaikan haji dan umrah akan datang.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Tiada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac.

“Fokus kita adalah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) untuk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini.

ZULKIFLI MOHAMAD Al-BAKRI

Beliau pada masa sama mendoakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

Kerajaan sebelum ini menyatakan akan berbincang dengan Arab Saudi meminta kelonggaran supaya bakal jemaah Malaysia yang sudah menerima vaksin jenis Sinovac dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini kerana, kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya