Agong perkenan Johor bersidang pada 12 Ogos - Utusan Malaysia

Agong perkenan Johor bersidang pada 12 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya juga sudah menerima surat rasmi daripada Seri Paduka yang memberi perkenan sidang DUN diadakan pada tarikh tersebut.

Jelasnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga sudah disembah maklum mengenai perkenaan Seri Paduka itu berhubung perkara berkenaan. 

“Kerajaan Johor sudah pun menerima surat rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan sidang DUN pada 12 Ogos ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan membuat persiapan dan perancangan agar sidang DUN berjalan sebagaimana kehendak peraturan persidangan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor,” katanya selepas menyerahkan mesin ventilasi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN