Badminton, basikal, terjun kekal sandaran pingat Olimpik - Utusan Malaysia

Badminton, basikal, terjun kekal sandaran pingat Olimpik

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga jenis sukan iaitu badminton, berbasikal dan terjun kekal menjadi sandaran Malaysia untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bermula 23 Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina bagaimanapun tidak menolak kemungkinan sukan lain juga mampu melakukan kejutan, namun secara realistik tiga sukan ini mempunyai peluang terbaik untuk membawa pulang pingat,

“Selepas perjumpaan dengan atlet, saya bukan hanya memberi amanat tetapi mendengar isi hati 30 wira dan wirawati negara yang akan berjuang di Sukan Olimpik Tokyo nanti. Mereka cukup bersemangat tinggi untuk mencapai kejayaan di sana.

“Terdapat sembilan jenis sukan atlet kita bertanding dan prospek pingat masih bersandarkan kepada tiga sukan iaitu basikal, badminton dan terjun tetapi tiada yang mustahil untuk sukan lain (melakukan kejutan).

“Saya kena realistik bahawa tiga sukan ini mempunyai peluang terbaik. Tetapi kita mahu semua atlet pergi ke Tokyo dan melakukan yang terbaik.

“Tidak bermakna kejayan hanya dengan membawa pulang pingat tetapi jika dapat memecahkan rekod kebangsaan, rekod sendiri dan perbaiki ranking. Itu juga satu kejayaan untuk negara,” katanya dalam sesi bersama media secara maya selepas perjumpaan dengan semua atlet ke Tokyo, semalam.

Beliau berkata, terdapat beberapa negara termasuk Singapura tidak mengumumkan sasaran pingat untuk dibawa pulang oleh kontinjen mereka susulan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

“Singapura sudah umum tidak ada sasaran pingat diletakkan tetapi saya janji dalam masa seminggu kita akan umumkan perkara tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya