10 jenazah Covid-19 dikebumikan  - Utusan Malaysia

10 jenazah Covid-19 dikebumikan 

SEKUMPULAN waris mengaminkan bacaan doa terhadap jenazah ahli keluarga mereka ketika dikebumikan di Tanah Perkuburan Selat Klang, Klang, Selangor yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, di sini menjadi tumpuan apabila 10 jenazah mangsa Covid-19 dikatakan tiba dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan dikebumikan secara serentak petang tadi.

Suasana hiba itu disaksikan pemberita ketika tinjauan Utusan Malaysia di sana apabila kira-kira 50 orang waris ahli keluarga jenazah tiba di kawasan tanah perkuburan seawal pukul 3 petang bagi memberikan penghormatan terakhir.

Tiga jam kemudian, 10 buah van membawa jenazah mangsa Covid-19 pula tiba bersama lebih 20 kakitangan dari HTAR dan disambut lima petugas di tanah perkuburan berkenaan yang memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE)

Petugas kemudian tidak mengambil masa lama apabila terus menjalankan proses pengkebumian jenazah, malah untuk menjimatkan masa mereka mengebumikan dua jenazah dalam satu masa berikutan van tiba pada lewat petang.

Bagaimanapun, lebih menghibakan apabila waris yang hadir hanya dapat memerhatikan proses berkenaan dari jauh bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika menyaksikan pengkebumian jenazah ahli keluarga mereka.

Terdapat sebahagian mereka duduk di bahagian tepi jalan berhampiran tempat letak kereta di luar pekarangan tanah perkuburan dan memanfaatkan masa menunggu sehingga proses pengebumian selesai dengan membaca surah Yasin.

Kelihatan juga beberapa waris mengambil kesempatan merakamkan proses pengebumian jenazah ahli keluarga mereka menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Proses pengkebumian itu kemudian selesai kira-kira pukul 7 malam, usai pengurusan itu juga kelihatan petugas kesihatan dan tanah perkuburan berkenaan membaca doa beramai-ramai sebelum menyembur cecair sanitasi di atas permukaan tanah sebelum meninggalkannya.

Sebelum meninggalkan tanah perkuburan, seorang petugas di sana yang mahu dikenali sebagai Ali, 38, meluahkan pengkebumian sebanyak 10 jenazah itu merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

“Sungguh hiba, walaupun bukan ahli keluarga sendiri, tetapi dapat merasakan pandemik Covid-19 sangat memberi kesan kepada masyarakat terutama mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat wabak itu. Saya berdoa kita semua dilindungi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya