fbpx

22 September 2021, 5:15 am

  TERKINI

Putus makanan, kibar bendera putih dapat sambutan

Pengibaran bendera putih kini menimbulkan banyak tafsiran dan menjadi bualan dalam media sosial - SUMBER MEDIA SOSIAL- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen mengibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan mendapat sambutan hangat di media sosial sejak semalam.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan kempen tersebut, ia menjadi tular dalam Facebook, Twitter dan Instagram.

Kempen itu cukup mudah, anda hanya perlu mengibarkan bendera putih di rumah sendiri jika menghadapi kesusahan dari segi bekalan makanan dan kewangan.

“Rumah yang kehabisan makanan dan barang keperluan tapi dah kehabisan duit tolong kibar bendera putih depan rumah. Biar jiran nampak pakat tolong seorang sikit ringankan beban,” menurut salah satu kempen itu.

Satu lagi kempen menyeru bahawa mereka yang dalam keadaan tertekan supaya meminta bantuan.

“Naikkan bendera putih di kediaman anda jika memerlukan bantuan makanan dan keperluan.

“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang. Elakkan stres. Tidak perlu merayu dan malu. Hanya kibarkan kain putih, semoga ada yang membantu,” katanya.

Kempen itu mendapat sambutan ramai termasuk selebriti tanah air seperti Aznil Nawawi dan ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad yang turut sudi memberikan bantuan kepada individu yang mengibarkan bendera putih di kawasannya.

Kempen itu dilaksanakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) diumumkan semalam. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN