Pulau Pinang taja tiga  bas bawa pesakit Covid-19  - Utusan Malaysia

Pulau Pinang taja tiga  bas bawa pesakit Covid-19 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang menaja tiga buah bas untuk membawa pesakit Covid-19 ke pusat-pusat kuarantin antaranya di Pusat Kecemerlangan MARA (MEC), Jawi, dekat sini dan Pusat Latihan Zakat (Pulaza) di Balik Pulau. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, tajaan bas itu melibatkan peruntukan  RM72,000  sebulan diluluskan di bawah Perkhidmatan CAT (Pengangkutan Pengurangan Kesesakan) dalam belanjawan tahun ini. 

“Tiga buah bas tersebut diambil dari pengurangan bas CAT sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0). 

“Memandangkan jumlah kes harian di Pulau Pinang mencecah ratusan kes sehari, kerajaan negeri berharap langkah proaktif ini dapat meringankan kekangan sumber Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, tiga buah bas tersebut akan dioperasikan oleh Rapid Penang sepertimana dalam perjanjian CAT dengan kerajaan negeri. 

“Pemandu-pemandu yang bertugas  telah diberi latihan khas, sesi orientasi serta vaksinasi oleh JKNPP semalam (8 Jun). 

”Setiap bas akan dinyahkuman di pusat kuarantin selepas pesakit positif Covid-19 diturunkan di pusat kuarantin masing-masing,” katanya. 

Tambah beliau, pakaian perlindungan peribadi (PPE) dan segala peralatan sokongan akan disediakan oleh JKNPP kepada Rapid Penang untuk menjamin keselamatan pemandu-pemandu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN