FOI akan diangkat sebagai acara bertaraf antarabangsa - Zambry

FOI akan diangkat sebagai acara bertaraf antarabangsa – Zambry

Zambry sempat berswafoto bersama pelajar universiti yang hadir pada FOI Putrajaya 2026 di PICC, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjuran Festival of Ideas (FOI) akan terus ditambah baik bagi mengangkat program itu sebagai acara bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan meneliti sebarang kelemahan sepanjang penganjuran festival itu selain mengenal pasti ruang untuk mengembangkan program berkenaan.

Beliau berkata, meskipun baru memasuki tahun ketiga sejak diperkenalkan pada 2024, FOI sudah mula mendapat perhatian dan tarikan di peringkat antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah kita akan melihat mungkin kalau ada kelemahan, tetapi bagaimana kita nak mengembangkan seterusnya untuk menaikkan Festival of Ideas ini menjadi acara festival yang benar-benar di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada FOI Putrajaya 2026 di sini hari ini.

Zambry berkata, perkembangan itu turut dapat dilihat menerusi penyertaan kira-kira 40 universiti dalam satu program khas yang menghimpunkan penyelidik untuk mengadakan pertemuan dan menjalinkan kerjasama hari ini.

Katanya, program berkenaan melibatkan universiti dari negara ASEAN serta ASEAN Plus termasuk China, dengan penyertaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah penyelidik universiti.

“Universiti-universiti mereka bukan di peringkat pelajar, peringkat penyelidik pun datang bersama-sama. Ini merupakan satu perkembangan baharu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini