Premis hiburan gaji GRO warga asing diserbu, dikompaun langgar SOP - Utusan Malaysia

Premis hiburan gaji GRO warga asing diserbu, dikompaun langgar SOP

POLIS menjalankan pemeriksaan terhadap pengunjung di sebuah premis hiburan di Taman Shamelin Perkasa, Cheras yang diserbu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM45,000 terhadap sembilan individu dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Shamelin Perkasa di Cheras di sini malam tadi.

Operasi kira-kira pukul 10.20 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen dan menggaji wanita warga asing sebagai gadis pelayan (GRO).

Katanya, dalam serbuan itu, seramai 10 individu ditahan termasuk dua wanita Laos dan tujuh Myanmar atas kesalahan bekerja sebagai GRO serta tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Daripada yang ditahan, dua lelaki Bangladesh dikesan melakukan kesalahan dengan menjalankan premis hiburan serta tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala seorang lagi warga tempatan terlibat dengan kesalahan judi dalam talian.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas telefon bimbit, mikrofon, amplifier, alatan audio dan alatan digunakan untuk berhibur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Idzam, hasil saringan air kencing mendapati tujuh lelaki dan enam wanita positif dadah jenis ketamin, amphetamine, methamphetamine dan benzo.

Jelasnya, pihaknya turut mengeluarkan kompaun terhadap sembilan individu dianggarkan bernilai RM45,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kesemua tangkapan telah ditahan di lokap Balai Polis Salak Selatan dan lokap Balai Polis Salak Selatan Baru,” katanya.

Tambahnya, tangkapan akan dimohon reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk melengkapkan siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya