Peruntukan subsidi petrol, LPG, minyak masak RM8 bilion tahun ini

Peruntukan subsidi petrol, LPG, minyak masak RM8 bilion tahun ini

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka menampung subsidi produk petroleum, gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak sehingga RM8 bilion tahun ini demi membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu lebih tinggi iaitu peningkatan sebanyak RM4.22 bilion berbanding jumlah diperuntukkan sebanyak RM3.78 bilion bagi tahun ini.

“Berikutan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi produk petroleum petrol RON95, diesel dan LPG serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak. 

“Sejumlah RM3.78 bilion diperuntukkan bagi tahun ini  tetapi berdasarkan harga pasaran global semasa, kerajaan dijangka menampung subsidi sehingga RM8 bilion iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada yang diperuntukkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barang-barang runcit seperti petrol RON95 pada harga RM2.05 per liter dan diesel pada harga RM2.15 per liter sejak 10 Februari lalu.

Kata beliau, bagi produk LPG pula, harga dikekalkan pada RM1.90 per kilogram sejak Jun 2015, manakala minyak masak bersubsidi pada harga RM2.50 bagi pek 1 kilogram sejak tahun 1997.

Beliau berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM6.32 bilion pada tahun 2019 untuk menanggung subsidi produk berkenaan, manakala pada tahun lalu berjumlah RM2.16 bilion.

“Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi lebih tinggi bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya  peniaga-peniaga kecil.

“Selain itu, pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambah baik melalui PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA+ akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember ini,” katanya. 

Sebagai contoh, Tengku Zafrul berkata, peruntukan asal bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menerusi Belanjawan 2021 adalah sebanyak RM7.0 bilion, namun jumlah itu ditambah RM2.1 bilion dalam inisiatif PEMERKASA+ menjadikan jumlah keseluruhan RM9.1 bilion.

Bagi Program Subsidi Upah 3.0, peruntukan asal dalam Belanjawan 2021 adalah sebanyak RM1.5 bilion, namun ia ditambah baik dalam inisiatif PERMAI dengan tambahan RM1.5 bilion, PEMERKASA (RM700 juta) dan PEMERKASA+ (RM1.5 bilion) menjadikan keseluruhan sebanyak RM5.2 bilion.

Menerusi Geran Khas Prihatin 3.0 di bawah Belanjawan 2021 dan PERMAI, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan dan program itu ditambah baik di bawah PEMERKASA+ dengan tambahan RM500 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.5 bilion.

Pembiayaan Kos Rendah PKS BNM pula peruntukan asal RM5 bilion di bawah Belanjawan 2021, namun kerajaan menambah RM2 bilion menerusi PEMERKASA+ menjadikan jumlah RM7 bilion.

Bantuan pemandu bas, teksi, e-hailing di bawah PRIHATIN, Belanjawan 2021 dan PERMAI adalah diperuntukkan sebanyak RM123 juta dan ditambah baik sebanyak RM68 juta di bawah PEMERKASA+ menjadikan jumlah keseluruhan RM191 juta.

Tidak Ketinggalan pemberian diskaun bil elektrik bagi enam sektor paling terjejas sebanyak RM135 juta di bawah PERMAI, tetapi ditambah lagi sebanyak RM135 juta di bawah PEMERKASA+ menjadikan jumlah keseluruhan RM270 juta.

Kerajaan turut memberikan Insentif Cukai (Kempen Pemilikan Rumah HOC dan Cukai Jualan Kenderaan Penumpang diperuntukkan sebanyak RM1.096 bilion di bawah Belanjawan 2021 dan PERMAI, namun ditambah lagi sebanyak RM1.46 bilion di bawah PEMERKASA+ sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM2.556 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya